Saturday, February 21, 2015

#2 My SEcret Crush?


Kisahnya begini....

Sudah menjadi lumrah,setiap insan di dunia ini pasti memiliki rasa untuk meminati seseorang atau menjadikan seseorang itu sebagai idola mereka.

Perkara ini normal.

Selalunya,perkataan crush ini sering dikaitkan dengan seseorang lelaki meminati seseorang wanita atau vice versa.

Apabila anda membaca post ini sudah tentu anda akanteringat kepada crush anda suatu ketika dahulu atau anda sendiri memiliki crush terhadap seseorang.

Di sini,saya ingin berkongsi tentang ‘My secret crush’.

Ya,saya tidak pernah lagi memberitahu crush saya kepada sesiapa.

Oleh itu,anda tergolong di dalam golongan yang beruntungkerana menjadi salah seorang insan yang tahu tentang kisah crush saya.

Dia seorang yang sangat saya kagumi.Saya mula mengenalinya pada umur seawal lima tahun.Ummi dan abah saya sering kali menyebut namanya pada ketika itu,tetapi,saya hanya mengendahkannya kerana saya masih muda ketika itu.Sewaktu di tadika juga,ustazah saya sering menyebut namanya dan menceritakan tentang dirinya.

Setelah melangkahkan kaki ke  alam sekolah rendah,saya masih lagi mendengar namanya.Saya semakin tertanya-tanya,sebenarnya,apakah perkara yang terlalu istimewa tentang jejaka ini.Namun,saya masih tidak mengambil endah terhadap crush saya ini.Bagi saya,umur saya masih muda pada ketika itu.Saya tahu bahawa insan ini istimewa bagi saya,sangat istimewa.Tidak mengapa,andai ada masa nanti,saya akan menjejaki jejaka istimewa ini.

Ketika umur saya di belasan tahun,saya mula mengenali jejaka istimewa ini.Sesungguhnya,saya sangat mengagumi insan ini.Dialah insan yang sanggup berkorban untuk saya demi ingin melihat saya terus mengucapkan kalimah shahadah.Dialah yang menaikkan darjat saya sebagai seorang muslimah.Dialah yang telah menanggung kecederaan yang parah ketika peperangan demi ingin menyebarkan syiar Islam.
Dialah yang mengingati saya ketika hayatnya..

Betapa sayangnya dia kepada saya.Kini,saya sedar bahawa crush saya bukanlah insan yang biasa-biasa,akan tetapi,

DIALAH INSAN YANG LUAR BIASA!

Dialah insan yang dikagumi setiap insan di dunia ini.Namanya termaktub di dalam buku,

‘100 orang Paling Berpengaruh di dunia’.

Crush saya menduduki tempat pertama!HebatNya!
Saya sangat-sangat berbangga dengan crush saya.
Saya akan menjadikan Baginda sebagai idola saya,saya harap anda begitu juga.

Berbekalkan kekuatan daripada Allah s.w.t,insyaAllah,saya akan terus berjihad dalam menyebarkan dakwah Baginda sehingga ke titisan darah saya yang terakhir.Saya berharap agar pabila tibanya Hari Kebangkitan nanti,saya akan menjadi salah seorang umat yang Baginda beri syafaat.

Aamiin,Aamiin,Aamiin.

KETAHUILAH BAHAWA CRUSH SAYA BERNAMA,MUHAMMAD BIN ABDULLAH.

No comments:

Post a Comment